Setia Haruman Technology ialah sebuah syarikat pembekal perkhidmatan Internet yang dikenali untuk membekalkan sambungan Internet gentian optik di beberapa kawasan di Lembah Kelang.
Syarikat tersebut diambil-alih oleh Tenaga Nasional pada penghujung tahun 2017, dan semenjak itu, telah mengembangkan perkhidmatan internet mereka dari Cyberjaya dan Putrajaya ke Bangsar South, membekalkan kawasan-kawasan ini dengan sambungan Internet sepantas 1Gbps.
Syarikat tersebut kini dijenamakan semula sebagai Allo Technology Sdn Bhd, dan selain dari membekal sambungan Internet berkelajuan tinggi kepada syarikat-syarikat dan pengguna rumah, ia turut hadir dengan perkhidmatan rundingan IT, perkhidmatan pembangunan projek ICT dan kebolehan untuk membekal infrastruktur gentian optik secara besar-besaran.
City Broadband ialah perkhidmatan internet dibawah Allo Technologies, dan ia hadir dengan pelan-pelan Internet berkelajuan tinggi pada harga yang cukup munasabah sekali, pada RM79 untuk kelajuan 50Mbps sehinggalah RM199 untuk kelajuan 1Gbps.
Sayangnya, seperti yang dikatakan sebelum ini, perkhidmatan internet ini hanya terhad pada kawasan-kawasan Cyberjaya, Putrajaya dan juga Bangsar South.