Cari @ Amanz

Maybank hari ini telah mengemaskini aplikasi Maybank2U, sekaligus menambah sebuah ciri baru dinamakan MAE (My Absolute e-Wallet). Melaluinya, ia menawarkan kemudahan untuk menggunakan aplikasi Maybank2U sebagai sebuah dompet digital dengan mudah.

Dengan pengenalan ciri ini juga, pihak Maybank sekaligus membolehkan semua pengguna untuk membuat pendaftaran akaun terus melalui aplikasi – tanpa keperluan melawat sebarang cawangan Maybank.

MAE menawarkan antaramuka yang berasingan dengan akaun perbankan utama pengguna. Pengguna juga akan diperlukan untuk membuat tambah-nilai ke akaun MAE sebelum dapat dibelanjakan. Hal ini sekaligus mengasingkan penggunaan wang daripada akaun utama Maybank anda, dan mengelak anda terlebih berbelanja.

Maybank MAE

Menggunakan ciri MAE juga, anda boleh menerima dan menghantar duit dengan mudah, selain mengimbas kod QR untuk pembayaran di kedai dan sbeagainya. MAE juga dikatakan akan menyokong tempahan tiket filem dan penerbangan dengan mudah melalui aplikasi berkenaan.

Buat masa ini, ciri ini telah aktif pada aplikasi Android dan iOS Maybank2U. Pihak Maybank akan melancarkan ciri ini secara rasminya esok, dimana kita mungkin mendengar lanjut mengenai ciri berkenaan dengan lebih mendalam, dan penawaran yang dibawakan olehnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd