Apple AirPods 2 amat dinantikan kemunculannya kerana sudah lebih dua tahun fon telinga nirwayar ini tidak menerima kemaskini. Antara masalah paling ketara aksesori audio nirwayar ialah ia perlu kerap dicas dan tempoh pengecasan adalah agak lama. Terkini menurut Max Weinbach yang bertugas di XDA, Apple AirPods 2 akan menyokong pengecasan pantas.
So the Apple news. AirPods wireless charging will happen. It will be VERY fast (0-100 in 15 minutes.) That speed is for the AirPods AND the case. It will probably use Qi charging.
There will be a downside though, the case will be bigger in one direction and heavier.
— Max Weinbach (@mweinbachXDA) March 3, 2019
Bateri AirPods 2 dan pod pengecas boleh dicas dari 0-100% dalam masa hanya 15 minit. Pengecasan pantas ini turut disokong menerusi sistem nirwayar Qi yang akan disertakan sekali. Satu kekurangan yang berlaku ialah pod pengecas kan menjadi lebih berat dan besar berbanding model terdahulu. Sebagai pemilik pelbagai aksesori audio nirwayar, ini ialah fungsi yang kami ingin disokong pada kesemua peralatan yang kami miliki. Adalah kurang masuk akal bateri kecil pada aksesori audio bluetooth mengambil masa sejam untuk dicas.