Cari @ Amanz

Realme 3 adalah telefon pintar kelas pertengahan baru daripada sub-jenama Oppo. Kita sudah dengar banyak informasi mengenai peranti ini sejak bulan lepas lagi. Hari ini, Realme 3 dilancarkan secara rasminya.

Realme 3 hadir dengan dua variasi berbeza. Untuk pasaran India, ia dijana cip Helio P70. Manakala untuk pasaran lain, ia akan dijana dengan cip pemproses lama Helio P60. Dari segi memori ia hadir dengan pilihan 3/4 GB RAM dengan storan 32/64 GB dan mempunyai sokongan kad mikroSD sehingga 256GB/ skrin pula adalah 6.2-inci HD+ bertakuk kecil dengan perlindungan Gorilla Glass 3.

Dua lensa digunakan untuk kamera utama, lensa utama adalah 13 Megapixel f/1.8 + 2 Megapixel lensa untuk bokeh. Kamera swafoto adalah 13 Megapixel dan perisian kamera kali ini membawakan beberapa ciri unik seperti mod waktu malam ‘Nightscape‘, ‘Chroma Boost‘ untuk pengurangan hingar dan hasil Dynamic Range lebih baik dan juga sistem nyahkunci berasaskan wajah dengan kecerdasan buatan terbina.

Kapasiti bateri adalah 4,230mAh tanpa sokongan pengecasan pantas, menjalankan ColorOS 6 berasaskan Android 9.0 Pie dan mempunyai 3 pilihan warna – Dynamic Black, Radiant Blue, dan hitam. Harga jualan di India adalah INR8,999 (~RM518) untuk variasi 3/32GB dan 4/64GB untuk INR10,999 (~RM633).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd