Vivo V15 Pro telah dilancarkan di Malaysia secara rasmi minggu lepas. Dalam poster pelancaran kelihatan Vivo V15 dan V15 Pro, tetapi V15 tidak diperlihatkan. V15 adalah versi V15 Pro yang lebih murah dan mempunyai beberapa pengorbanan.
Hari ini, Vivo V15 telah dilancarkan secara rasmi. Secara keseluruhan ia kelihatan sama, tetapi jika anda teliti – ia mempunyai pengimbas cap jari yang klasik di belakang peranti. Ini kerana tiada pengimbas cap jari bawah skrin seperti ‘abangnya’. Kamera periskop 32MP masih dikekalkan, rekaan skrin menyeluruh masih lagi sama tetapi spesifikasi dalaman amat berbeza.
Vivo V15 biasa dijana dengan cip Helio P70 menggantikan Snapdragon 675 dan kamera utamanya tidak menggunakan lensa 48-Megapixel, tetapi 12-Megapixel. Lain-lain adalah sama, seperti pilihan memori 6GB RAM, storan 128GB , bateri 4000mAH dan pengecasan pantas Dual-Engine.
Ia hadir dengan dua warna, Topak Blue dan Glamour Red. Harga rasmi Malaysia belum lagi diumumkan, tetapi di Thailand ia dijual pada harga THB10,999 – iaitu sekitar RM1407.