Anda tidak boleh lari dari aplikasi TikTok kerana penggunanya tular terutamanya di kalangan anak-akan muda. Ia popular kerana kerap memberikan pelbagai cabaran dan kandungan .lucu yang mencuit doktus hempedu penonton. Tetapi umum kita ketahui lama media sosial seperti TikTok turut dipenuhi pengguna yang gemar meninggalkan komen yang tidak diingini.
Pihak TikTok hari ini mengumumkan sokongan penapis ruangan komen dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Menerusi fungsi ini komen yang berbaur lucah, tidak manis dan bertujuan menyakitkan hati boleh ditapis oleh pengguna dari dipaparkan pada video yang dimuat naik. Pengguna perlu menaip sendiri sehingga 30 frasa yang ingin ditapis secara manual menerusi skrin tetapan aplikasi.
Ini ialah sebahagian dari kempen #BetterMeBetterInternet dengan kerjasama P.S. The Children Malaysia, Yayasan Generasi Gemilang dan Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia bagi meningkatkan kesedaran keselamatan atas talian dengan fokus kepada kanak-kanak serta komuniti kurang bernasib baik.