Cari @ Amanz

Robot Jibo dilancarkan pada tahun 2014 sebagai robot sosial yang digunakan di rumah. Pada waktu tersebut masih belum terdapat pembesar suara pintar yang boleh berinteraksi dengan pengguna. Jibo dilihat sebagai langkah awal memperkenalkan robot dalam kehidupan seharian manusia.

Selepas hampir lima tahun, perkhidmatan Jibo akan akhirnya ditamatkan. Pemilik Jibo mula menerima mesej dari robot mereka yang mengatakan perkhidmatan pelayar akan dihentikan dalam masa terdekat. Akibatnya pelbagai fungsi interaktif Jibo tidak lagi akan disokong. Robot yang sepatutnya mengubah kehidupan manusia kini akan hanya mempunyai beberapa fungsi yang terhad.

Dengan pengenalan Amazon Alexa, Google Home dan Apple HomePod, Jibo bukan lagi boleh dianggap sebagai peranti yang unik. Ketiga-tiga speaker pintar yang dihasilkan gergasi Internet ini mempunyai lebih banyak fungsi dan mempunyai sokongan yang lebih stabil.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd