Canon Melancarkan RAISE – Platform Perkongsian Gambar Dengan Sokongan Kecerdasan Pintar

Canon Melancarkan RAISE – Platform Perkongsian Gambar Dengan Sokongan Kecerdasan Pintar

Diterbitkan pada Mac 5, 2019 oleh .

Platform perkongsian gambar paling popular buat masa ini ialah Instagram. Tetapi ia terhad kepada gambar beresolusi rendah yang tidak disusun mengikut kategori. Bagi peminat fotografi yang mencari platform yang lebih mantap, Canon telah melancarkan RAISE. Ia hadir dengan beberapa fungsi yang menggunakan kecerdasan buatan.

Kecerdasan buatan RAISE mengenali objek yang wujud di dalam gambar dan meletakkan tag yang bersesuaian. Ia turut bijak memberikan konteks seperti majlis perkahwinan atau hari jadi. Palet warna yang wujud di dalam gambar juga dipaparkan. Pengguna kemudian boleh berkongsi gambar yang dimuat naik secara terbuka atau persendirian. Perkhidmatan percuma ini dibuka kepada penduduk di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Kepada pengguna Lightroom, terdapat pemalam yang memudahkan proses muat naik gambar ke Raise.


TIPS & ULASAN