Sebelum ini kami pernah menulis berkenaan Uji Laman Web Anda Dengan Test My Site pada 2016. Kini Google telah kembali mengemaskini ciri terbaru Test My Site bagi membantu para pemilik halaman untuk membentuk pengalaman mudah alih yang lebih baik pada laman web mereka.
Google Test My Site ini diperkenalkan bagi memeriksa tahap kepantasan halaman mereka. Melalui platform ini, pengguna dapat menerima cadangan penambahbaikan secara percuma. Pengguna dapat mengetahui tahap kepantasan halaman mereka sama ada laju, biasa mahupun perlahan. Selain itu, pemilik halaman juga turut menganlisa data berkenaan impak yang dihadapi pada pendapatan laman web.
Antara ciri terbaru yang telah dikemaskini adalah merangkumi aspek seperti, penanda aras dan penilaian, mengoptimumkan halaman pada laman dan laporan penuh berkenaan penambahbaikan halaman.
Penanda Aras dan Penilaian
Mengoptimumkan Halaman Pada Laman Anda
Laporan Halaman
Melalui Test My Site ini juga, para pemilik perniagaan dan laman dapat memiliki alat pengukuran bagi menentukan tanda aras sebenar halaman mereka. Secara tak langsung, mereka dapat mengenalpasti permasalahan yang dihadapi dan dapat mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kepantasan laman web mereka.
- Layari: Google Test My Site