Facebook Menyaman Syarikat Di China Kerana Menjual Akaun Palsu

Facebook Menyaman Syarikat Di China Kerana Menjual Akaun Palsu

Diterbitkan pada Mac 5, 2019 oleh .

Di China, perkhidmatan Google, Facebook, Instagram dan banyak lagi tidak boleh digunakan. Ini kerana, di China perkhidmatan seperti ini perlu disambungkan kepada pelayan kerajaan mereka yang kerap mengintip data pengguna. Jadi Facebook, Google dan lain-lain tidak sertakan perkhidmatan mereka di China.

Ini tidak menghalang penduduk di China menggunakan perkhidmatan ini. Kerana, melalui sambungan VPN – perkhidmatan-perkhidmatan ini lancar digunakan. Terdapat syarikat tidak bertanggungjawab di China menjual akaun palsu Facebook, Instagram, jumlah ‘Likes’, pengikut, akaun Apple, Amazon dab banyak lagi perkhidmatan dalam talian lain. Facebook mengambil tindakan untuk menyaman syarikat yang tidak bertanggungjawab ini atas kesalahan melanggar peraturan, menjual akaun palsu, melanggar hak cipta, menggunakan jenama Facebook untuk membuat laman web palsu dan banyak lagi.

Terdapat empat syarikat yang terlibat, iaitu; 9 Xiu Network (Shenzhen) Science and Technology Company, 9 Xiu Feishu Science and Technology Company, 9 Xiufei Book Technology Co., dan Home Network (Fujian) Technology Co. Syarikat-syarikat ini turut dengan yakin menjual akaun ini dan mengiklankan perkhidmatan mereka sebagai ‘Facebook China Regional Strategic Partner’. Ini kononnya perkhidmatan mereka adalah sah dan akaun-akaun palsu mereka tidak akan disyaki Facebook.

Facebook turut meminta mahkamah untuk menghalang syarikat ini daripada beroperasi dan membayar saman bernilai keuntungan syarikat itu peroleh dengan tambahan $100,000 (~RM407,000) untuk setiap laman web yang mempunyai domain yang sama dengan Facebook.



TIPS & ULASAN