Cari @ Amanz

Di acara ABU Digital Symposium 2019 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo memberitahu bahawa kerajaan bakal membuat satu pengumuman mengenai peralihan siaran analog ke digital pada suku kedua 2019.

Menurut laporan Bernama, kerajaan mempunyai pelan untuk membina perkhidmatan Over The Top (OTT) seakan-akan Netflix dan iflix bukan sahaja untuk memperbaiki lagi mutu siaran saluran-saluran televisyen tempatan, tetapi juga membolehkan pengguna untuk menonton rancangan-rancangan kegemaran mereka pada bila-bila masa sahaja, dan tidak perlu menunggu waktu siaran seperti saluran tradisional.

Gobind berkata lagi bahawa beliau telah berbincang dengan syarikat-syarikat penyiaran tempatan dan juga negara-negara yang sudahpun mengimplementasi teknologi siaran digital ini untuk memudahkan peralihan siaran dari analog ke digital ini.

Beliau turut mengaku bahawa peralihan ini perlu dilakukan secara berperingkat, mengambil kira pelbagai isu seperti kos dan juga tenaga kerja yang diperlukan untuk memastikan peralihat tersebut berjalan secara lancar, akan tetapi ia perlu bermula secepat mungkin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd