Kereta-hyper boleh dikatakan kenderaan konsep yang bukan sahaja sangat laju, tetapi juga sangat mahal. Aston Martin, syarikat pembuat kenderaan yang terkenal bakal memperkenalkan kereta-hyper mereka yang terbaru, iaitu AM-RB 003.
AM-RB 003 ini hadir dengan rekaan yang cukup futuristik sekali, dan untuk mengurangkan berat, mereka bukan sahaja memastikan rangka kenderaan tersebut diperbuat daripada bahan yang tahan lasak dan ringan, tetapi menggunakan pencetak 3D untuk mencetak konsol tengah, dan membuang terus papan pemuka.
Apa yang menarik disini ialah Aston Martin berkata bahawa pengguna akan perlu menggunakan peranti pintar mereka sebagai papan pemuka kereta ini yang boleh digunakan pengguna untuk mengawal pelbagai ciri dan aplikasi seperti Spotify, Waze ataupun Google Maps.
Hanya 500 buah kereta AM-RB 003 ini yang akan dicipta, dan ia menggunakan enjin V6, dan akan memperkenalkan pelbagai konsep yang diambil daripada teknologi kereta F1.