Xiaomi Mi 9 Akan Ke Malaysia Seawal April 2019

Xiaomi Mi 9 Akan Ke Malaysia Seawal April 2019

Diterbitkan pada Mac 5, 2019 oleh .

Xiaomi pada penghujung bulan Februari lepas telah pun memperkenalkan telefon pintar mercu mereka yang terbaru, iaitu Xiaomi Mi 9. Dengan pelancarannya, semestinya ramai yang akan tertanya-tanya berkenaan penawaran peranti berkenaan untuk pasaran tempatan. Menjawabnya, kini salah satu penjual terkemuka tempatan, DirectD telah pun mula mengambil pendaftaran minat untuk Xiaomi Mi 9, dan menyatakan ia dijangka tiba ke pasaran tempatan pada April 2019 kelak.

Xiaomi Mi 9

Xiaomi Mi 9

Xiaomi Mi 9

Xiaomi Mi 9 menggunakan skrin AMOLED 6.39-inci bertakuk kecil, menyertakna pengimbas cap jari pada skrin, dijana Snapdragon 855, dan penawaran memori sehingga 8GB RAM. Ia menggunakan tri-kamera belakang 48-megapixel, selain bateri berkapasiti 3300mAh yang menyokong pengecasan nirwayar 20W.

Tarikh rasmi pelancarannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Penawaran set rasmi ini semestinya akan menawarkan jaminan rasmi pihak Xiaomi, selain pengesahan Sirim dan kemaskini perisian rasmi bersama dengannya. Bagi anda yang ingin mendapatkannya, mungkin boleh nantikan penawaran rasminya dalam tempoh sekitar sebulan lagi. Di China, Xiaomi Mi 9 ditawarkan pada harga bermula sekitar 2999 Yuan, iaitu sekitar RM1814.


TIPS & ULASAN