Cari @ Amanz

Ini Ialah Kaca Boleh Lentur Yang Dibangunkan Corning Untuk Skrin Boleh Lipat

Link Copied!

Disember tahun lalu kami melaporkan pihak Corning sedang membangunkan kaca boleh lentur untuk kegunaan peranti skrin boleh lipat. Pada waktu tersebut rupa skrin ini tidak diperlihatkan kepada umum. Bagi yang berminat, gambar skrin ini akhirnya diperlihatkan kepada umum.

Prototaip kaca yang diperlihatkan adalah setebal 0.1mm dan apabila dilipat menghasilkan lipatan dengan jejari 5mm. Kelebihan kaca berbanding plastik ialah ia lebih tahan calar, tidak menghasilkan perubahan warna dan tidak akan melayut selepas dilipat berkali-kali. Tambahan lagi skrin kaca terasa lebih sedap pada hujung jari ketika menatal berbanding skrin plastik.


Komen ()