Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lalu kami melaporkan Vivo akan bekerjasama dengan Energous untuk menggunakan sistem pengecasan nirwayar jarak jauh pada peranti mereka. Sistem WattUp keluaran Energous mengecas peranti menggunakan gelombang radio tanpa sentuhan fizikal pada dermaga pengecas. Terkini Figgers F3 telah diumumkan sebagai telefon pintar pertama yang menyokong pengecasan nirwayar jarak jauh.

Syarikat yang berpangkalan dari Amerika Syarikat ini turut mengesahkan Figgers F3 menyokong rangkai 5G serta hadir dengan storan sebesar 1TB, skrin 4K dan dwi-kamera 18-Megapixel. Bercakap mengenai sistem pengecasan pula, peranti akan mengecas apabila berada di dalam lingkungan 5 meter dari pemancar kuasa Super Base. Tidak diketahui apakah teknologi yang digunakan oleh Finggers untuk sistem pengecasan kerana terdapat beberapa format dibangunkan sejak lima tahun kebelakangan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd