Rekaan Google Glass 2 Enterprise Edition Tertiris

Rekaan Google Glass 2 Enterprise Edition Tertiris

Diterbitkan pada Mac 6, 2019 oleh .

Google Glass dilancarkan pada tahun 2013 sebagai kaca mata pintar yang membolehkan pengguna melihat dunia dengan overlay arah panduan dan notifikasi. Penjualan kepada umum dihentikan pada tahun 2015 dan Google hanya mengeluarkan edisi Enterprise pada tahun 2017. Rekaan untuk Google Glass 2 Enterprise Edition telah tertiris ke arena web menerusi laman Technoblog.

 Sebelum ini hanya lukisan skematiknya tertiris menerusi laman FCC. Dapat dilihat cermin mata pintar ini hanya mempunyai satu batang yang boleh dipasang pada bahagian kanan kaca mata. Sistem prisma masih dikekalkan pada bahagian hadapan untuk paparan maklumat. Satu perubahan yang dilakukan ialah ini kini dicaj menggunakan port USB-C.

Menurut ujian Geekbench yang tertiris sebelum ini, Google Glass 2 Enterprise Edition dijana cip Snapdragon 710, memori sebesar 3GB RAM dan kamera utama sebesar 32-Megapixel.


TIPS & ULASAN