Cari @ Amanz

Rasmi : Redmi Note 7 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac 2019

Oleh Aman

Link Copied!

Redmi hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Redmi Note 7 secara rasminya di Malaysia pada 19 Mac 2019 kelak. Pengumuman ini selari dengan apa yang tertiris pada minggu lepas.

Redmi Note 7

Buat masa ini, harga jualannya masih belum diumumkan lagi. Menariknya, melalui perkongsian di laman sosial pihak Xiaomi, mereka memberikan petanda yang mana Redmi Note 7 Pro akan memasuki pasaran tempatan, tetapi dikenali dengan nama Redmi Note 7.

Redmi Note 7 Pro Malaysia

Sekiranya benar, maka kita akan melihat versi Snapdragon 675 hadir ke pasaran tempatan dengan sokongan kamera belakang 48-megapixel yang menggunakan sensor Sony dan bukannya Samsung. Redmi juga dijangka akan menawarkan sokongan jaminan sehingga 18 bulan untuk peranti keluaran mereka.

Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi peranti ini dalam masa dua minggu lagi untuk mengetahui lanjut variasi apakah yang akan ditawarkan oleh pihak Redmi untuk pasaran tempatan.


Komen ()