Oppo F11 Pro, Vivo V15 dan Realme 3 dilancarkan minggu ini. Ketiga-tiga peranti di bawah payung BBK Electronics ini dilengkapi cip pemproses MediaTek Helio P70 tetapi dengan teknologi skrin dan kamera yang berbeza. Oleh itu perbandingan di antara ketiga-tiga peranti ini harus dilakukan bagi memudahkan proses pemilihan sekiranya pembaca Amanz berminat memilikinya.