Kereta terbang pertama negara berkemungkinan besar akan melakukan penerbangan pertama Jun ini. Di masa hadapan kereta terbang akan menjadi pemandangan biasa setiap hari. Tetapi dari apa yang dapat kita lihat sekarang, rekaan kereta terbang masih tidak praktikal dan apakah akan berlaku apabila pengguna perlu pergi ke kawasan yang menghalang sebarang kenderaan terbang.
Oleh itu kereta terbang yang masih mempunyai tayar untuk bergerak di atas jalan raya masih diperlukan. Goodyear sudah menghasilkan konsep tayar kenderaan yang turut berfungsi sebagai kipas ketika di dalam mod terbang. Empat tayar Goodyer Aero ini digunakan pada sebuah kereta terbang. Ia tidak mempunyai tiub pneumatik tetapi sebaliknya hanya mempunyai pad bergetah pada bingkai luaran. Berat kereta dalam mod empat roda akan ditanggung oleh bilah kipas merangkap jejari tayar.
Goodyear Aero dihasilkan khusus untuk acara Geneva Motor Show. Sebelum ini mereka pernah juga menghasilkan konsep tayar kereta yang mengecas bateri kereta elektrik dengan mengitar semua haba dari geseran.