Carian
Spotify Menguji Antaramuka Mod Kereta Baharu Yang Memudahkan Pemilihan Senarai Main
March 6, 2019 Effi Saharudin

Pertengahan Januari lalu, mod kereta diaktifkan untuk pengguna aplikasi Android. Apabila ditambat secara bluetooth pada sistem audio, antaramuka dengan butang lebih besar dan minimalis akan dipaparkan. Hari ini kami menyedari antaramuka mod kereta baharu dengan satu butang besar “Choose Music” dipaparkan pada bahagian bawah khusus untuk mengakses senarai main (playlist).

Senarai main seperti Your Daily Mix, album yang disimpan dan senarai main yang pernah dimainkan sebelum ini akan dipaparkan di dalam menu ini. Dengan adanya butang ini, pengguna boleh memilih senarai main tanpa perlu keluar dari skrin pemain muzik. Apabila sedang memandu pengguna pastinya tidak mahu diganggu dengan pemilihan menu yang banyak dan antaramuka baharu ini memudahkan proses. Buat masa ini kami hanya menerima antaramuka ini pada satu peranti Android sahaja. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah anda juga telah menerima antaramuka ini?

Komen