Carian
Tablet Honor Tab 5 Dilancarkan Dengan Cip Kirin 710
March 6, 2019 Effi Saharudin

Pasaran tablet Android adalah agak kecil tetapi ini tidak bermakna ia tidak lagi dihasilkan. Bagi mereka yang mencari tablet Android berspesifikasi sederhana pada harga yang mampu milik, Honor Tab 5 baru sahaja dilancarkan di China. Ia sebuah tablet dengan skrin 8″ IPS LCD beresolusi 1200×1920 pixel dan dijana oleh cip Kirin 710.

Disamping itu ia turut dilengkapi memori sebesar 3/4 GB RAM, storan sebesar 32/64 GB, kamera utama 8-Megapixel, kamera swafoto juga 8-Megapixel dan bateri sebesar 5,100 mAh. Ia menyokong sistem pacuan permua GPU Turbo 2.0 dan sepasang pembesar suara stereo Dolby Atmos.

Di China Honor Tab 5 dijual pada harga RMB 1099 (~RM 670) untuk versi WiFI dan RMB 1399 (~RM 853) untuk versi sokongan selular.

Komen