Huawei Nova 4e Bakal Dilancarkan Di China Pada Minggu Hadapan, 14 Mac 2019

Huawei Nova 4e Bakal Dilancarkan Di China Pada Minggu Hadapan, 14 Mac 2019

Diterbitkan pada Mac 6, 2019 oleh .

Kita telah pun mendengar beberapa info awal mengenai Huawei Nova 4e, atau peranti yang turut dikenali dengan nama Huawei P30 Lite sebelum ini. Terkini, Huawei akhirnya telah pun menjadualkan pengenalannya, dimana ia akan dilancarkan di China secara rasminya pada 14 Mac 2019 ini.

Huawei Nova 4e akan dipasarkan di beberapa buah negara, termasuk di Malaysia. Untuk pasaran negara lain, ia akan dikenali dengan nama Huawei P30 Lite. Hal ini sekaligus memperlihatkan ia bakal menawarkan sejumlah ciri-ciri dan elemen daripada telefon mercu Huawei untuk tahun 2019, iaitu Huawei P30.

Melalui gambar acah yang telah dikeluarkan sebelum ini, ia memperlihatkan peranti dengan rekaan bertakuk, selain bakal menyertakan kamera swafoto 32-megapixel bersama dengannya. Spekulasi turut mengatakan ia bakal hadir dengan cip Kirin 710, selain tri-kamera pada bahagian belakang.

Beberapa penjual tempatan telah mula mengacah, dan mengatakan Huawei Nova 4e turut akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh Huawei melalui telefon pintar terbaru mereka dibawah siri Nova ini.


TIPS & ULASAN