Cari @ Amanz

Tahun lalu Oppo kembali ke arena penghasilan peranti mercu dengan Find X. Peranti dengan rekaan inovatif ini mempunyai sistem kamera hadapan melungsur, pengecasan pantas dan spesifikasi yang cukup tinggi. Tahun ini ramai menantikan peranti kemas kini kepada Find X. Di laman Weibo,  timbalan presiden Oppo Shen Yiren telah berkongsi beberapa spesifikasi awal peranti ini.

Beliau mendedahkan peranti yang masih belum diberikan nama ini dilengkapi pemproses Snapdragon 855 yang merupakan yang paling berkuasa untuk Android setakat ini. Sistem kamera zoom hibrid 10X juga akan digunakan. Tidak diketahui sama ada ini ialah sistem yang sama seperti diperlihatkan di MWC tempoh hari. Akhir sekali bateri sebesar 4065 mAh akan turut disertakan. Di atas kertas ini ialah peranti mercu yang baik. Oppo dijangka melancarkan peranti ini pada bulan Jun hadapan,

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd