Cari @ Amanz

Samsung akan memulakan jualan Galaxy S10 secara rasminya di Malaysia bermula esok, 8 Mac 2019. Menariknya, bersempena dengan jualan berkenaan, Samsung turut akan membuka tiga jerayawara (roadshow) iaitu di MidValley Megamall, Kuala Lumpur, AEON Tebrau City, Johor Bahru dan juga Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Bagi anda yang menghadirkan diri ke jerayawara berkenaan yang diadakan selama tiga hari, dari 8 Mac ke 10 Mac, anda turut berpeluang mendapatkan pelbagai ganjaran menarik.

Samsung Galaxy S10 – Harga

Samsung menawarkan tiga variasi Galaxy S10 di Malaysia, iaitu Samsung Galaxy S10E, Samsung Galaxy S10 dan juga Samsung Galaxy S10+. 
Samsung Galaxy S10E ditawarkan pada harga RM2699, Galaxy S10 pada harga RM3299, dan Galaxy S10+ pada harga bermula RM3699.

Samsung Galaxy S10

Samsung Galaxy S10E merupakan versi paling asas, hadir dengan skrin 5.8-inci mendatar menggunakan panel AMOLED, dilengkapi cip Exynos 9820, memori 6/8GB RAM dan storan 128/256GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang 12MP + 16MP, selain kamera hadapan 10-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3100mAh.

Samsung Galaxy S10 pula hadir dengan skrin melengkung 6.1-inci AMOLED, dijana cip Exynos 9820, memori 8GB RAM, dan storan dalam pilihan 128GB atau 512GB. Ia turut menggunakan tri-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP + 16MP, selain kamera swafoto 10-megapixel. Galaxy S10 menggunakan bateri 3400mAh bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy S10+ pula hadir dengan skrin 6.4-inci AMOLED, dijana cip Exynos 9820, memori 8GB RAM atau 12GB RAM, storan dalam pilihan 128GB, 512GB dan 1TB, serta bateri berkapasiti 4100mAh. Ia turut menggunakan kamera seumpama model Galaxy S10, dan dwi-kamera swafoto yang hadir dengan gabungan 10MP dan depth sensor.

Hadiah Percuma

Bagi anda yang melakukan pembelian pada jerayawara Samsung berkenaan yang berlangsung selama tiga hari ini, anda akan mendapat beberapa hadiah percuma.

Galaxy S10 Jerayawara

Pembelian Galaxy S10E akan memberikan anda Galaxy Buds secara percuma.

Untuk pembelian Galaxy S10 dan Galaxy S10+ (128GB) pula, anda akan menerima Galaxy Buds dan Screen Protection Plus secara percuma.

Pembelian Galaxy S10+ (512GB) pula akan memberikan anda Samsung Galaxy Watch Active dan Screen Protection Plus secara percuma.

Rebat RM1000

Galaxy S10 Jerayawara

Menariknya juga adalah bagi anda yang menhadirkan diri ke jerayawara Samsung ini, anda boleh menerima rebat sebanyak RM1000 untuk pembelian Galaxy S10 kedua. Ini sekaligus memboiehkan anda lebih berjimat apabila mendapatkan Galaxy S10 untuk diri anda dan rakan atau ahli keluarga anda yang lain. Penawaran rebat ini adalah hanya terhad untuk 500 pembeli pertama sahaja.


Bagi anda yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, jangan terlepas ke jerayawara Samsung ini, dan mendapatkan diskaun serta pelbagai ganjaran menarik apabila anda membeli telefon pintar mercu terbaru Samsung, Galaxy S10.

Penafian : Ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd