MediaTek Akan Hadir Dengan Cip 5G 7nm Dengan Integrasi Kecerdasan Buatan

MediaTek Akan Hadir Dengan Cip 5G 7nm Dengan Integrasi Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada Mac 7, 2019 oleh .

Cip pemprosessan MediaTek paling berkuasa setakat ini adalah Helio P90. Ia dikatakan adalah setaraf Snapdragon 845, tetapi untuk peranti kelas pertengahan. Binaan cip ini masih lagi binaan cip yang lama, iaitu 12nm. Dengan perkembangan teknologi dan pesaing yang sudah mula menggunakan cip binaan 7nm, MediaTek turut ingin hadir dengan cip 7nm tersendiri.

Cip 7nm MediaTek ini akan mempunyai modem 5G terbina dan juga menyokong kecerdasan buatan. Fokus MediaTek adalah menawarkan cip pemproses pada harga mampu milik. Berkemungkinan besar, MediaTek turut akan mengintegrasikan CPU ARM’s Cortex-A76, untuk kuasa dan prestasi yang lebih hebat. Cip ini dikatakan akan menjadi pesaing kepada Snapdragon 855 dan juga Kirin 980.

MediaTek mensasarkan yang cip ini akan digunakan pada peranti mercu atau di antara peranti kelas pertengahan premium dan peranti mercu.


TIPS & ULASAN