Carian
Xiaomi Mungkin Akan Meningkatkan Harga Telefon Pada Masa Akan Datang
March 7, 2019 Aman

Xiaomi telah pun memperkenalkan Mi 9 baru-baru ini, dan ia menawarkan spesifikasi yang tinggi pada harga kurang RM2,000. Apa pun, ia mungkin menjadi telefon Xiaomi terakhir yang hadir dengan penawaran harga sedemikian.

Melalui temuramah bersama CEO Xiaomi, mereka mengatakan ingin membuat lebih pelaburan dan menghasilkan produk lebih baik. Hal ini sekaligus mungkin meningkatkan harga jualan untuk telefon pintar mereka.

Malah menurut beliau, ini mungkin kali terakhir telefon mercu Xiaomi ditawarkan pada harga kurang 3000 Yuan (~RM1830).

Hal ini mungkin suatu perkara yang telah dijangka ramai. XIaomi sendiri telah mengasingkan Redmi sebagai jenama berasingan – dimana ia menawarkan peranti pada hagra sangat kompetitif. Malah, Redmi turut diperkatakan akan hadir dengan peranti berspesifikasi tinggi – yang mungkin menawarkan peranti pada harga kompetitif. Sebaliknya, siri Mi mungkin akan memfokuskan peranti lebih premium dengan rekaan, binaan dan juga penawaran beberapa fungsi eksklusif menarik padanya.

Komen