Cari @ Amanz

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh hari ini telah pun melancarkan “Parcel Drone Competition” anjuran Pos Malaysia dan juga SKMM. Ketika acara berkenaan, beliau turut mengatakan yang mana penggunaan dron secara komersil dalam industri pos dan kurier boleh diimplementasikan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Pos Dron

Untuk makluman, beberapa negara sebelum ini telah mula menggunakan dron dalam penghantaran barangan dengan lebih pantas kepada penerima, selain pada masa yang sama menjimatkan lagi kos operasi. Malaysia turut tidak ingin ketinggalan, dan telah mula mengambil langkah awal untuknya.

Pos Dron

Selain daripada penghantaran pos, dron juga turut boleh digunakan untuk menghantar bekalan ubat ketika bencana, menghantar barangan ke kawasan yang sukar dicapai melalui jalan darat, selain membantu dalam arena pertanian.

Melalui pertandingan yang dianjurkan oleh Pos Malaysia ini, mereka mencari pemenang yang berupaya menghantar barangan seberat 2kg untuk jarak 2km dalam masa yang terpantas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd