Google sedia terkenal dengan kepakaran mereka dalam sistem pembelajaran mesin dan juga kecerdasan buatan. Terkini, Google hadir dengan beberapa produk baru di bawah jenama Carol – untuk para pembangun menguji sistem/prototaip mereka dengan lebih mudah.
Produk-produk ini bukannya terbina dengan sistem pembelajaran mesin atau kecerdasan buatan, tetapi ia adalah komponen-komponen khas dengan platform TensorFlow Lite terbina yang menyokong dua sistem pintar tadi untuk para pembangun integrasikan sistem mereka yang tekah dibangunkan/dilatih dengan sendiri.
Terdapat lima produk yang Google senaraikan, di mana tiga sudah boleh dibeli dan lagi dua akan tiba dalam masa akan datang. Produk-produk ini adalah; Dev Board, USB Accelerator, Kamera 5-Megapixel, PCI-E Accelerator dan System-on-Module. Dev Board ini dikuasakan dengan cip Google Edge TPU untuk sistem berjalan dengan lebih lancar, tidak bergantung pada sambungan Internet khas serta tidak memerlukan sambungan kuasa yang besar.
USB Accelerator pula adalah untuk meningkatkan lagi kuasa kecerdasan buatan. Komponen pada alat ini dilihat mirip Raspberry Pi. Kamera adalah untuk pengecaman wajah, ambil gambar, imbas objek dan banyak lagi. Harga komponen ini dijual pada $24.99 sehingga $149.99.