Black Shark 2 Bakal Dilancarkan Pada 18 Mac

Black Shark 2 Bakal Dilancarkan Pada 18 Mac

Diterbitkan pada Mac 8, 2019 oleh .

Nampaknya, bulan Mac ini turut akan menyaksikan pelancaran sejumlah telefon pintar baru. Terkini, Black Shark, iaitu salah satu jenama dibawah ekosistem Xiaomi telah mengumumkan, mereka akan melancarkan Black Shark 2 secara rasminya pada 18 Mac 2019 kelak.

Black Shark merupakan peranti memfokuskan kepada permua, dimana ia dijangka hadir dengan cip Snapdragon 855 terbaru, dan mungkin menawarkan pilihan memori sehingga 12GB RAM.

Black Shark 2 dijangka menyertakan sokongan pengecasan pantas yang lebih laju, selain akan hadir dengan ciri baru dinamakan Liquid Cool 3.0.

Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi, dan bakal terjawab pada 18 Mac 2019 kelak. Memandangkan Black Shark juga turut menawarkan jaminan rasmi untuk pasaran tempatan, maka tidak mustahil kita melihat ia turut ditawarkan untuk pasaran tempatan dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN