Huawei Mula Mengacah Pelancaran Huawei P30 DI Malaysia – Menjanjikan Huawei Backup Secara Percuma

Huawei Mula Mengacah Pelancaran Huawei P30 DI Malaysia – Menjanjikan Huawei Backup Secara Percuma

Diterbitkan pada Mac 8, 2019 oleh .

Diambang permulaan jualan Samsung Galaxy S10 hari ini, pihak Huawei telah mula mengacah kehadiran Huawei P30 untuk pasaran tempatan. Telefon pintar berkenaan bakal dilancarkan di peringkat global pada 26 Mac ini, dan menariknya kini Huawei telah mengesahkan ia akan hadir ke pasaran tempatan dan bakal menawarkan Huawei Backup secara percuma untuk pembeli yang membelinya ketika pelancaran.

HUAWEI Backup

Seperti umum sedia maklum, penawaran hadiah percuma ketika pelancaran telah menjadi suatu kebiasaan pada hari ini oleh pelbagai pengeluar. Huawei mengatakan mereka bakal menawarkan Huawei Backup sebagai salah satu hadiah untuk pengguna yang membeli Huaewi P30 ketika pelancaran di Malaysia.

Walaubagaimanapun, ia tidak dimaklumkan penawaran hadiah ini adalah untuk model Huawei P30 yang mana satu.

Huawei Backup telah dilancarkan pada tahun lepas, dimana ia hadir dengan kebolehan untuk mengecas peranti, dan pada masa yang sama membuat salinan pendua data peranti berkenaan. Ia hadir dengan storan bersaiz 1TB untuk menyimpan pelbagai data daripada telefon pintar ke storan pendua berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak dimaklumkan lagi sama ada Huawei Backup akan dijual secara berasingan di Malaysia ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN