SKMM Mungkin Akan Diberikan Kuasa Memadam Maklumat Palsu, Menghina Agama Dan Bangsa Di Atas Talian

SKMM Mungkin Akan Diberikan Kuasa Memadam Maklumat Palsu, Menghina Agama Dan Bangsa Di Atas Talian

Diterbitkan pada Mac 8, 2019 oleh .

Media sosial sepatutnya digunakan untuk mengeratkan silaturahim tetapi seperti kiat sedia maklum ini kini digunakan sebagai platform penularan maklumat palsu, konspirasi, berunsur perkauman dan menghina kerana pengguna yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu kerajaan kini sedang mengkaji memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memadam kandungan yang berunsur menghina agama, perkauman dan berita palsu dari atas talian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dipetik berkata perkara tersebut akan dikemukakan pada sidang Parlimen terlebih dahulu. Pindaan kepada rangka undang-undang akan dilakukan supaya ia  dapat menangani isu penularan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian negara yang kini dilihat semakin meruncing.



TIPS & ULASAN