Rekaan Dan Spesifikasi Vivo X27 Tertiris Ke Arena Web
Artikel Berkaitan

Rekaan Dan Spesifikasi Vivo X27 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Mac 8, 2019 oleh .

Vivo X27 akan dilancarkan di China pada 19 Mac hadapan. Rekaan serta spesifikasinya telah tertiris ke arena web selepas ia melepasi laman TENAA di China. Ia bakal dilengkapi skrin 6.39″ AMOLED dengan resolusi FHD+ dan dijana pemproses 2.2GHZ lapan teras.

Ini dipadankan pula dengan memori sebesar 8GB RAM, storan sebesar 256GB, kamera utama 48+13+5 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri sebesar 3920 mAh. Peranti ini kelihatan sama seperti Vivo V15 Pro yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada penghujung Februari yang lalu


TIPS & ULASAN