Cari @ Amanz

Google Menghasilkan Once Upon A Try – Pameran Atas Talian Untuk Kejayaan Sains Paling Menarik Manusia

Oleh Liyana

Link Copied!

Google hari ini hadir dengan inisiatif baharu mereka iaitu pameran Once Upon A Try bagi meraikan hasil penemuan para saintis yang mencorakkan tamadun manusia sejak seribu tahun lalu. Pameran ini merupakan usahasama Google bersama 110 institusi muzium,kurator dan kintakawan dari 23 buah negara seluruh dunia. Antara institusi yang terlibat adalah Smitsonian National Air and Space Museum, NASA dan CERN

Menerusi portal ini, terdapat lebih 400 koleksi interaktif, yang meliputi pameran atas talian terbesar mengenai ciptaan. Anda dapat melihat sendiri perjalanan epik pada alam semesta dan dapat memahami bagaimana planet Bumi ini terbentuk dengan memuat turun aplikasi realiti gabungan – Big Bang yang dihasilkan oleh CERN.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Street View untuk melawat sendiri lokasi seperti penemuan hebat seperti CERN sehingga ke Stesen Angkasa Antarabangsa yang jauh dari langit. Anda juga dapat melihat dengan lebih dekat pada setiap butiran lebih 200,000 artifak dalam definisi tinggi, seperti peta pertama benua Amerika.

Melalui platform ini, Google berharap dapat memberi ilham kepada generasi baharu untuk memupuk perasan ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru berkenaan penciptaan. Dengan ini Internet dapat digunakan sebagai gedung ilmu percuma yang merupakan sebab asal ia dicipta oleh DARPA lebih lima puluh tahun yang lalu. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengakses artifak bersejarah yang membentuk tamadun manusia sekaligus membolehkan kita menikmati teknologi sedia ada menerusi pautan di bawah.


Komen ()