Cari @ Amanz

Iklan adalah salah satu kaedah untuk menjana pendapatan. Bukan sahaja di dunia nyata, dunia digital turut mempunyai iklan. Telefon pintar Xiaomi dijual pada harga berpatutan, tetapi terdapat iklan terbina dalam sistem. Ada juga aplikasi yang menarik digunakan dan percuma, tetapi penuh dengan iklan.

Google dilihat, ingin membantu para pembangun menjana lebih pendapatan melalui ‘Rewarded Product’. Program ini secara asasnya adalah pembangun perlu mengintegrasi iklan daripada Google dalam aplikasi mereka. Pembangun akan terima pendapatan dan untuk pengguna, mereka akan terima ganjaran.

Walaupun sebelum ini ada banyak aplikasi percuma penuh dengan iklan mengarut, melalui program ini – iklan-iklan adalah daripada rakan kerjasama Google melalui platform AdMob. Jadi, iklan-iklan yang akan terpapar adalah sah dan tidak menjengkelkan. Lebih menarik, iklan ini tidak akan terpapar secara tiba-tiba dan mengganggu pengguna menggunakan aplikasi. Pembangun perlu sertakan butang khas, ‘watch ads’ – di mana jika pengguna ingin ganjaran, butang perlu ditekan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd