Sistem Operasi Windows 10 Kini Dipasang Pada 800 Juta Peranti Di Seluruh Dunia

Sistem Operasi Windows 10 Kini Dipasang Pada 800 Juta Peranti Di Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Mac 8, 2019 oleh .

Sistem operasi Microsoft Windows 10 dilancarkan pada tahun 2015, dan saban tahun, penggunaannya sekian meningkat, terutamanya apabila sokongan untuk sistem-sistem operasi sebelum ini seperti Windows Vista dan Windows 7 sudahpun atau bakal ditamatkan.

Microsoft baru-baru ini hadir dengan laporan yang menyatakan bahawa sistem operasi Windows 10 kini hadir didalam lebih dari 800 juta peranti di seluruh dunia.

Walaupun jumlah ini kurang daripada unjuran 1 bilion peranti di seluruh dunia, ini menunjukkan bahawa penggunaan sistem operasi tersebut diantara yang paling pesat diantara semua sistem operasi mereka.

Jumlah pengguna sistem operasi Windows 10 ini kian meningkat setiap hari, dan ia tidak mustahil untuk Microsoft mendapatkan 1 bilion pengguna dalam masa terdekat, terutamanya kerana Windows 7 bakal tamat sokongannya pada penghujung tahun ini.

Dengan kemaskini yang hadir dengan kerap dan cepat, Windows 10 juga merupakan sistem operasi Windows yang paling pesat penggunaannya. Adakah komputer anda sedang menggunakan Windows 10, ataupun sistem operasi yang lebih lama?


TIPS & ULASAN