Cari @ Amanz

Sampel Gambar Redmi Note 7 Pro Diperlihatkan – Mod Malam Yang Menawan

Link Copied!

Redmi Note 7 Pro adalah peranti kedua daripada sub-jenama baru Xiaomi – Redmi. Dari segi rekaan, tidak ada banyak bezanya. Tetapi yang membezakan Redmi Note 7 dan Redmi Note 7 Pro adalah cip pemprosessan, variasi warna, jenis kamera dan juga harga.

Redmi Note 7 Pro sudah pun dilancarkan pada minggu lepas. Ia dijana dengan Snapdragon 675 yang lebih berkuasa dari Snapdragon 660 dan menggunakan lensa 48-Megapixel Sony Sony IMX586 yang sama dengan Xiaomi Mi 9. Mi 9 sudah pun menerima skor DXOMark yang agak tinggi – 107. Dengan sensor yang sama digunakan pada Redmi Note 7 Pro, adakah hasil gambarnya akan setaraf atau menghampiri? CEO Redmi, Lu Weibing – telah kongsikan gambar mod malam yang diambil dari Redmi Note 7 Pro menggunakan mod malam. Hasilnya agak mengejutkan.

Warna daripada hasil gambar menarik, jelas dan tidak terlebih terdedah dengan cahaya. Butiran yang cukup dan memuaskan. Di Malaysia, hanya Redmi Note 7 sahaja yang diumumkan akan tiba 19 Mac kelak. Tiada lagi berita mengenai kemasukan versi Pro.


Komen ()