Celcom Akan Mempertontonkan Penggunaan Rangkaian 5G Pada Bulan April 2019

Celcom Akan Mempertontonkan Penggunaan Rangkaian 5G Pada Bulan April 2019

Diterbitkan pada Mac 8, 2019 oleh .

Celcom hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mempertontonkan beberapa bentuk penggunaan rangkaian 5G secara rasminya pada bulan April 2019 ini. Celcom akan mempertontonkannya pada acara jerayawara industri yang dijadualkan bulan hadapan yang dijangka disertai pelbagai syarikat-syarikat telekomunikasi dan rangkaian.

Celcom sebelum ini telah mempertontonkan ujian 5G pada 2017 yang lepas, dimana ketika itu ia mencapai kelajuan sehingga 18Gbps. Ketika itu, ia diuji menggunakan gelombang 28Ghz. Selain kelajuan, rangkaian 5G turut memfokuskan kepada kadar pendam masa yang sangat penting bagi peranti-peranti berhubung (IOT).

Celcom 5G

Celcom menyasarkan sejumlah perkara akan dipertontonkan pada acara berkenaan, termasuk kenderaan berhubung, fungsi Holoportation, 5G Fixed Wireless Access dan juga teknologi dron berhubung.

Pada masa yang sama, pihak Celcom turut mengatakan mereka akan bekerjasama dengan pihak Ericsson dan Huawei dalam menjayakan perlaksanaan rangkaian 5G ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan April 2019 ini untuk melihat apakah yang bakal dipertontonkan oleh pihak Celcom, dan juga syarikat telekomunikasi lain.


TIPS & ULASAN