Cari @ Amanz

Redmi Note 7 telah pun sedia diumumkan akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada 19 Mac 2019 kelak. Kini, lanjutan daripadanya, pihak Xiaomi hari ini turut berkongsi mengatakan telefon pintar berkenaan akan berharga kurang daripada RM1,000.

Redmi Note 7

Pada masa yang sama, ia kini turut dilihat yang mana set yang bakal ditawarkan oleh pihak Xiaomi untuk pasaran tempatan adalah versi Snapdragon 660 dan bukannya Snapdragon 675.

Redmi Note 7

Telefon pintar ini turut akan hadir dengan dwi-kamera belakang gabungan 48-megapixel dan 5-megapixel, sekaligus menjadikannya antara telefon dengan kamera 48MP yang termurah dipasaran.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 19 Mac ini untuk mengetahui lanjut mengenai penawaran telefon Redmi terbaru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd