Google Chrome Memperbaiki Kerentanan Sekuriti Yang Menjejaskan Sistem Operasi Windows 7

Google Chrome Memperbaiki Kerentanan Sekuriti Yang Menjejaskan Sistem Operasi Windows 7

Diterbitkan pada Mac 8, 2019 oleh .

Google baru-baru ini dilihat telah memperbaiki satu kerentanan sekuriti yang hadir pada pelayar web Google Chrome yang dikhuatiri boleh memberi penggodam akses kepada sistem operasi pengguna.

Kerentanan ini, yang ditemui tidak lama lalu dikatakan boleh memberi akses kepada sistem operasi Windows 7 pengguna, dimana penggodam akan menggunakan satu lagi kerentanan yang hadir pada sistem operasi versi 32bit untuk mendapatkan akses kepada komputer tersebut.

Menurut Google, kerentanan pelayar web Google Chrome tersebut sudahpun diperbaiki melalui kemaskini versi 72.0.3626.121 yang kini boleh dimuat-turun sekarang. Untuk mengaktifkannya, anda perlu memulakan semula pelayar Chrome anda.

Seperti yang dikatakan sebelum ini juga, kerentanan Chrome ini digunakan bersama-sama dengan satu lagi kerentanan sekuriti yang terdapat pada sistem operasi Windows 7 32 bit.

Walaupun isu tersebut sudahpun dilaporkan kepada Microsoft, Google menyarankan mereka yang masih menggunakan sistem operasi tersebut untuk menaik-tarafkan perisian tersebut kepada versi lebih baru, kerana buat masa ini tiada siapa tahu bilakah Microsoft akan memperbaiki isu tersebut.


TIPS & ULASAN