JomStudi Dilancarkan – Hab Pembelajaran Digital Untuk Pelajar Sekolah

JomStudi Dilancarkan – Hab Pembelajaran Digital Untuk Pelajar Sekolah

Diterbitkan pada Mac 8, 2019 oleh .

Astro, Media Prima dan Digi telah mengumumkan kerjasama untuk membangunkan hab pembelajaran digital pada penghujung tahun lepas. Lanjutan daripadanya, hari ini ia dilancarkan secara rasminya, dan dikenali dengan nama JomStudi.

JomStudi

Melalui JomStudi, ia menghimpunkan kandungan pembelajaran daripada Astro, dan Media Prima dibawah satu lama. Kandungan yang dihimpunkan dikatakan mengikut format pembelajaran yang telah ditetapkan pihak Kementerian Pendidikan.

Memandangkan ia beroperasi sebagai sebuah hab, maka terdapat beberapa kandungan berbayar yang turut diperlihatkan – dan memerlukan pengguna mempunyai langganan perkhidmatan berkaitan sebelum dapat mengaksesnya.

JomStudi

Selain daripadanya, kandungan daripada pihak MDEC untuk topik seperti robotik dan pengaturcaraan turut disertakan pada platform ini.

Digi yang menguruskan laman JomStudi ini turut menawarkan akses internet percuma setiap hari antara pukul 2 petang hingga 8 petang khusus untuk melayari laman JomStudi ini.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman JomStudi, dan turut menggunakannya dalam pembelajaran harian anda hari ini.

Layari : JomStudi


TIPS & ULASAN