Cari @ Amanz

Sony Xperia 1 ialah peranti terbaru di dalam kelas mercu. Ia menggantikan siri XZ yang sebelum ini menggantikan siri Z. Keunikan Xperia 1 ialah ia dilengkapi skrin memanjang 4K bernisbah 21:9 dan juga sistem kawalan sesentuh pada bahagian bingkai. Ketika diumumkan di MWC, Sony tidak berkongsi harga jualannya.

Pra-tempahan untuk peranti ini akhirnya dibuka di United Kingdom dan ia ditawarkan pada harga £849 (~RM 4512) sebuah untuk model 6GB/128GB. Pelanggan akan hanya menerima peranti bermula Mei hadapan. Ini walau bagaimanapun adalah harga selepas cukai VAT dikenakan. Jika ini tidak diambil dalam perkiraan, Xperia 1 dijual pada harga £708 (~RM 3767) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd