Aplikasi Spotify Akan Terpasang Pada Kesemua Peranti Baharu Samsung

Aplikasi Spotify Akan Terpasang Pada Kesemua Peranti Baharu Samsung

Diterbitkan pada Mac 9, 2019 oleh .

Antara perkara yang kurang menyenangkan apabila membeli peranti baharu ialah memasang semula aplikasi yang digunakan pada peranti terdahulu. Bergantung kepada kelajuan Internet, proses ini boleh mengambil masa sehingga beberapa jam. Spotify hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Samsung. Bermula 8 Mac, aplikasi mereka akan terpasang pada kesemua peranti baharu Samsung.

Ini termasuk pada keluarga Galaxy S10 yang baru sahaja dilancarkan. Di Amerika Syarikat, pemilik Galaxy S10 turut ditawarkan langganan Spotify Premium percuma selama enam bulan. Peranti Galaxy S10+. Galaxy S10 dan Galaxy S10e di Malaysia turut mempunyai aplikasi Spotify terpasang.

Untuk pengguna tempatan, anda boleh mendapat akses Spotify Premium secara tiga bulan secara percuma untuk pembelian Galaxy S10. Tempoh promosi yang disediakan untuk pengguna tempatan adalah hanya sehingga 31 Mei 2019, dan hanya untuk 20,000 pengguna pertama yang menebusnya melalui aplikasi Samsung Members.

Spotify kini menjadi perkhidmatan penstriman muzik rasmi pelbagai peranti Samsung termasuk pada televisyen pintar dan disokong secara terbina pada pembantu maya Bixby serta sistem SmartThings.


TIPS & ULASAN