Cari @ Amanz

Pada acara pelancaran P30 akhir bulan ini, Huawei dijangka akan melancarkan juga jam tangan pintar terkini mereka. Rekaan untuk jam tangan pintar Huawei Watch GT Elegant telah tertiris semalam menerusi laman Winfuture. Pada masa yang sama menurut Winfuture, sebuah lagi model Huawei Watch GT Active turut akan dilancarkan serentak.

Huawei Watch GT Elegant dan Active mempunyai spesifikasi yang sama seperti Huawei Watch GT yang dilancarkan bersama Mate 20 Pro tahun lalu. Perbezaan hanyalah pada rekaan dua tombol kawalan, warna kemasan dan rekaan tali yang digunakan. Huawei Watch GT Elegant akan terus menggunakan sistem operasi yang dibangunkan sendiri oleh Huawei dan mempunyai ketahanan bateri sehingga 14 hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd