Cari @ Amanz

CIMB telah melancarkan sistem SecureTAC yang menggantikan penghantaran TAC menggunakan SMS pada November tahun lalu. Apabila melakukan transaksi di dalam aplikasi CIMB, pengguna hanya perlu menekan butang “Approve” pada skrin bagi meneruskan urusniaga. Semasa dilancarkan, SecureTAC hanya disokong pada transaksi menggunakan aplikasi telefon pintar sahaja.

Berita baik bagi pelanggan CIMB ialah, mereka mengesahkan SecureTAC akan akhirnya disokong pada transaksi menerusi laman web bermula April 2019. Apabila transaksi dilakukan, pengesahan akan dihantar ke telefon pintar menerusi notifikasi. Pengguna hanya perlu mengesahkan mereka yang melakukan transaksi ini pada peranti tersebut. Ini menyelesaikan masalah lampau di mana kerap kali kod TAC yang dihantar secara SMS lambat tiba.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd