Dengan penggunaan skrin memanjang 18:9, peranti moden tidak lagi mempunyai bahagian dahi yang besar. Pengeluar menggunakan pelbagai rekan kreatif untuk masih menyertakan kamera pada bahagian hadapan. Ada yang menggunakan takuk, lubang kamera dan juga sistem periskop. Tetapi sama ada sedari atau tidak, lampu LED notifikasi yang dahulunya terletak pada dahi seakan telah dilupakan sama sekali.
Nokia mempunyai rekaan yang unik untuk mengembalikan lampu notifikasi pada peranti berskrin memanjang. Pada Nokia 3.2 dan 4.2 yang dilancarkan di MWC, sistem lampu LED notifikasi yang terbina pada butang kuasa di sisi telah disertakan. Nokia kini telah dianugerahkan paten rekaan ini oleh EUIPO pada 7 Mac lalu selepas memfailkannya pada November 2018. Walaupun Nokia bukan lagi pengeluar peranti terbesar seperti sedekad yang lalu, mereka masih mempunyai idea bernas untuk menyelesaikan masalah baharu.