Menerusi One UI, Samsung telah menghasilkan antaramuka peranti yang boleh digunakan sebelah tangan dengan lebih selesa. Kesemua elemen antaramuka diletakkan pada bahagian bawah skrin sekaligus memudahkan jari menyentuh bahagian skrin. Tetapi sekiranya anda mahukan kawalan gesture yang lebih menyeluruh, aplikasi One Hand Operation + telah dilancarkan.
Aplikasi ini dibangunkan sendiri oleh Samsung untuk digunakan pada peranti keluaran mereka sahaja. Setiap gesture yang disokong seperti tatalan ke sisi misalnya boleh dikustomasi oleh pengguna menurut keperluan peribadi. Antara yang boleh dilakukan ialah tatalan ke kiri untuk melancarkan skrin multi-tugas atau tatalan ke kanan menggantikan butang back. Bagi yang berminat aplikasi ditawarkan percuma menerusi pautan di bawah.