Cari @ Amanz

Pete Lau adalah CEO OnePlus dan OnePlus adalah syarikat yang ramai kenal kerana mereka mendengar kata-kata pengguna mereka. Tetapi sejak OnePlus 6T, OnePlus tidak lagi sertakan bicu audio pada peranti mereka walaupun pengguna ramai menginginkannya.

Alasan awal pihak OnePlus adalah, melalui OnePlusn6T – peminat atau pengguna boleh mencubai teknologi baru dan bersedia ke arah nirwayar. Walau bagaimanapun, mereka yang masih tidak hiraukan teknologi baru atau ingin terus gunakan bicu audio – boleh kekal menggunakan OnePlus 6.

Baru-baru ini, Petau Lau telah menerbit satu kenyataan di Weibo yang menjelaskan kenapa membuang bicu audio adalah perkara baik. Menurut beliau, jika sesuatu peranti tidak mempunyai bicu audio – ia akan membantu pembangunan aksesori audio nirwayar ke arah yang lebih baik. Ini bermakna, OnePlus ingin fokus akan pembangunan set fon telinga nirwayar yang lebih baik dan mungkin kita akan lihat set fon telinga nirwayar sebenar tersendiri.

Setakat ini alternatif untuk pengguna OnePlus 6T adalah OnePlus Type-C Bullets dan OnePlus Bullets Wireless. Kita mungkin akan lihat sesuatu yang baru pada pelancaran OnePlus 7 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd