Xiaomi kini mengoperasikan Redmi sebagai sub-jenama tersendiri, dan telefon pertama dibawahnya akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya pada minggu hadapan, iaitu Redmi Note 7. Menariknya, selain telefon pintar berkenaan, pihak Redmi turut telah dalam persediaan untuk melancarkan sebuah lagi peranti baru, iaitu Redmi 7.
Melalui semakan di laman Sirim, Redmi 7 telah pun melepasi pengesahan – menandakan ia akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.
Buat masa ini, Redmi 7 masih belum dilancarkan secara rasminya. Ia dijangka hadir dengan skrin 5.9-inci, memori dengan pilihan sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Kita mungkin boleh menyasarkan pengenalan dwi-kamera belakang pada peranti ini. Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi.
Mungkin dengan pengesahan Sirim ini, kita boleh menyasarkan pemasaran peranti berkenaan di pasaran Malaysia dengan lebih pantas berbanding sebelum-sebelum ini yang mengambil masa berbulan lamanya.