Cari @ Amanz

Adobe Bakal Menamatkan Adobe Shockwave Bermula 9 April 2019

Link Copied!

Adobe Shockwave merupakan platform berasaskan web dalam membolehkan ia menjalankan permainan dan aplikasi. Namun penggunaan Shockwave telah mengalami penurunan selepas sejumlah besar laman web telah pun beralih kepada teknologi web yang lebih moden. Dengan ini, Adobe telah mengumumkan Shockwave bakal ditamatkan pada 9 April 2019.

Adobe mengatakan yang mana mereka tidak lagi menawarkan sebarang muat-turun Shockwave Player pada tarikh berkenaan. Namun Adobe masih menawarkan sokongan kemaskini untuk pengguna perusahaan sehingga kontrak antara kedua-dua pihak ditamatkan.

Adobe dalam satu kenyataan berkataan, pertumbuhan teknologi alternatif telah menyebabkan mereka menamatkan Shockwave. Antara teknologi yang memberi kesan kepada penamatan ini antaranya HTML 5 Canvas dan Web GL yang kian memuncak penggunaannya pada hari ini.

Sebelum kewujudan teknologi web moden, fail Shockwave sering dimuatkan bersama CD-ROM dalam membolehkan pengguna memainkan sejumlah kandungan interaktif di dalamnya. CD-ROM dengan kandungan Shockwave ini selalunya diberikan melalui institusi pendidikan dan adakalanya diberi melalui pek bijirin sarapan secara terhad.

Dengan penamatan Adobe Shockwave, ia mungkin tidak memberi kesan yang besar kepada web kerana rata-ratanya sudah pun beralih kepada teknologi web terkini. Namun bagi pengguna yang ingin menggunakan Shockwave, anda masih boleh mendapatkannya melalui laman pihak ketiga namun tiada sebarang jaminan akan diberikan dari segi sekuriti.


Komen ()