Carian
Spotify Kini Membenarkan Anda Mematikan Video ‘Canvas’ Dan Mengembalikan Paparan Kulit Album Klasik
March 11, 2019 Arib Ismail

Bagi anda yang menggunakan Spotify, anda mungkin perasan dengan paparan video bergerak ketika memainkan sesuatu lagu. Fungsi ini walaupun dilihat agak unik, namun ada pengguna yang mahukan paparan kulit album sahaja dipaparkan ketika lagu sedang dimainkan. Menariknya, Spotify telah mula menawarkan butang untuk mematikan fungsi ini melalui aplikasi beta mereka.

Paparan video bergerak ini dikenali sebagai ‘canvas‘ yang mana kebanyakannya diambil daripada potongan video klip berdasarkan lagu yang dimainkan. Bermula tahun lalu, para artis dibenarkan memuat-naik paparan canvas tersendiri untuk menambah baik pengalaman ketika mendengar lagu.

Fungsi ini mungkin kurang memberi keselesaan kepada sesetengah pengguna kerana video canvas yang dipaparkan selalunya dimainkan secara loop. Ia mungkin sedikit menggangu terutama ketika anda ingin fokus kepada sesuatu bahagian lagu yang sedang dimainkan.

Fungsi ini telah sedia diuji pada aplikasi pembangunan Spotify untuk Android dan bakal ditawarkan secara berperingkat untuk versi stabil. Bagi anda yang ingin mematikan fungsi ini sekarang, anda boleh muat-turun aplikasi Spotify versi alpha atau beta melalui halaman APK Mirror.

Komen